SUKANBERITA SEMASA

Euro 2024: Pemain gantian selamatkan maruah Portugal tewaskan Czech

LEIPZIG – Pemain gantian Francisco Conceicao memberi kelegaan apabila memastikan kemenangan milik Portugal selepas dimasukkan untuk menewaskan Czech 2-1 pada aksi pembukaan kumpulan F Euro 2024 di Stadium Red Bull Arena Leipzig, di sini, malam tadi.

Pemain Slavia Praha, Lukas Provod, terlebih dahulu meletakkan Czech di depan untuk mengejutkan pasukan tumpuan, Portugal pada awal permainan.

Gol Provod menambahkan tekanan kepada juara Euro 2016 itu yang berdepan kesukaran mencari rentak perlawanan.

Namun, Portugal perlu berterima kasih kepada pertahanan Czech, Robin Hranac apabila jaringan sendiri dilakukannya memecah kebuntuan pasukan yang diketuai Cristiano Ronaldo itu.

Cristiano Ronaldo memastikan pasukannya mampu memungut tiga mata di Stadium Red Bull Arena Leipzig.

Jaringan tersebut menyelamatkan maruah Portugal ketika mereka ketinggalan selama 20 minit permainan.

Kehadiran penyerang Liverpool, Diogo Jota membantu menghidupkan kembali semangat pasukan dalam mencari kemenangan pertama Portugal dalam kempen Euro 2024 ini.

Jaringan Jota juga dibatalkan oleh Video Bantuan Pengadil (VAR) namun, tetap fokus membantu serangan Portugal apabila telah memasuki minit akhir perlawanan.

Pemain yang dibawa masuk lewat permainan, Francisco Conceicao, muncul sebagai wira untuk membawa pulang tiga mata penuh kepada Portugal.

Kemenangan tipis itu sangat bermakna buat Portugal untuk memberikan keyakinan apabila menghadapi perlawanan seterusnya dalam kumpulan F.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button