Portugal akan iktiraf Palestin menjelang Perhimpunan Agung PBB
LISBON – Kementerian Luar Portugal mengesahkan akan akan mengiktiraf negara Palestin secara rasmi esok, menjelang Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).
Selain Portugal, Britain, Kanada dan Perancis antara negara Barat lain yang merancang untuk memberi pengiktirafan kepada negara Palestin pada perhimpunan itu, yang diadakan ketika kempen berterusan Israel menentang Hamas di Gaza, lapor AFP.
Julai lalu, Lisbon mengumumkan bahawa ia berhasrat untuk berbuat demikian memandangkan “evolusi konflik yang amat membimbangkan”, serta krisis kemanusiaan dan ancaman berulang Israel untuk mengambil alih tanah Palestin.
“Kementerian Luar mengesahkan bahawa Portugal akan mengiktiraf Negara Palestin… pengisytiharan rasmi pengiktirafan akan dibuat pada Ahad, 21 September (2025),” kata satu kenyataan di laman web kementerian itu.
Semalam, penasihat kepada Presiden Perancis, Emmanuel Macron turut dilaporkan berkata, Andorra, Australia, Belgium, Luxembourg, Malta dan San Marino juga merancang untuk mengiktiraf Negara Palestin.
Bermula Isnin, Perhimpunan Agung PBB di New York akan bertumpu kepada isu penyelesaian dua negara kepada konflik Israel-Palestin yang sudah lama berlarutan.
Kira-kira tiga perempat daripada 193 anggota PBB sudah mengiktiraf Negara Palestin.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








