LUAR NEGARASUKAN

Ketiadaan Ronaldo pada hari pengebumian Diogo Jota cetus pelbagai reaksi

LISBON – Ketidakhadiran Cristiano Ronaldo pada majlis pengebumian rakan sepasukannya, Diogo Jota dan adiknya, Andre Silva semalam menimbulkan pelbagai reaksi dalam kalangan rakyat Portugal dan peminat bola sepak antarabangsa.

Pengebumian yang berlangsung di Igreja Matriz de Gondomar berhampiran Porto itu, dihadiri ramai bintang bola sepak termasuk Bernardo Silva, Diogo Dalot, Joao Cancelo, Ruben Neves dan pengurus Portugal, Roberto Martinez.

Jota maut bersama adiknya dalam nahas jalan raya di Sepanyol pada awal pagi Khamis lalu.

Namun, Ronaldo, 40, yang juga kapten skuad kebangsaan Portugal tidak hadir meskipun dijangka berbuat demikian.

Beliau dilaporkan sedang bercuti bersama keluarga di Majorca dan dilihat menaiki kapal layar mewah Azimut Grande sepanjang 88 kaki.

BACA : Diogo Jota maut dalam nahas jalan raya di Sepanyol 

Difahamkan, Ronaldo telah menghubungi sendiri keluarga Jota dan menyampaikan takziah kepada isteri mendiang, Rute Cardoso.

Tindakannya mengundang kritikan di media tempatan dan media sosial dengan sesetengah pihak menyifatkan ketidakhadiran beliau sebagai tidak wajar bagi seorang ketua pasukan negara.

Ronaldo dan mendiang Jota merupakan rakan sepasukan dalam skuad kebangsaan Portugal.

Bagaimanapun, kakak bintang Al-Nassr itu, Katia Aveiro tampil mempertahankan Ronaldo menerusi hantaran penuh emosi di Instagram.

Beliau menyelar pengkritik yang menurutnya lebih menumpukan isu ketidakhadiran berbanding menghormati kesedihan keluarga mangsa.

“Kritikan kosong ini sangat memalukan. Kita sepatutnya fokus pada penderitaan keluarga yang kehilangan dua anak lelaki, bukan mencipta sensasi,” katanya.

Ronaldo sebelum ini sempat memuat naik ucapan takziah di Instagram, menyifatkan kehilangan Jota dan adiknya sebagai berita menyedihkan selepas mereka baru bersama dalam pasukan kebangsaan.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button