BERITA SEMASASUKAN

Diogo Jota maut dalam nahas jalan raya di Sepanyol

MADRID – Pemain penyerang Liverpool dan kebangsaan Portugal, Diogo Jota dilaporkan maut dalam satu kemalangan jalan raya di utara Sepanyol awal pagi Khamis, menurut laporan stesen televisyen nasional Sepanyol, TVE.

Kejadian berhampiran Zamora itu turut mengorbankan adiknya selepas kereta dipandu mereka terbabas dan terbakar.

Kedua-dua mangsa, masing-masing berusia 28 dan 26 tahun, disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian selepas ditemui, tengah malam tadi, menurut jabatan bomba wilayah Castille-Leon.

Pihak polis turut memaklumkan bahawa segala maklumat yang diperoleh setakat ini mengesahkan laporan tersebut, namun identiti mangsa masih belum diumumkan secara rasmi.

Jota yang baru sahaja melangsungkan perkahwinan pada 28 Jun lalu, merupakan antara tonggak utama Liverpool musim lalu, membantu kelab itu menjulang kejuaraan Liga Perdana Inggeris (EPL).

Sepanjang bersama kelab dari Merseyside itu sejak 2020, beliau menjaringkan 65 gol melalui 182 penampilan dalam semua kejohanan dan turut memenangi Piala FA serta Piala Liga.

Bekas pemain Wolverhampton Wanderers itu juga telah mewakili Portugal sebanyak 49 kali dan dua kali menjulang kejuaraan UEFA Nations League bersama skuad kebangsaan.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More

Related Articles

Back to top button