LUAR NEGARASUKAN

Tayar pecah ketika memotong punca kemalangan korbankan bintang Liverpool

LONDON – Kemalangan yang mengorbankan bintang Liverpool, Diogo Jota terjadi apabila tayar kereta dinaiki bersama adiknya, Andre, pecah ketika sedang memotong.

Menurut BBC yang memetik kenyataan Polis Sepanyol, kejadian dipercayai berlaku ketika Diogo dan adiknya sedang dalam perjalanan ke Santander untuk menaiki feri pulang ke United Kingdom (UK) bagi persediaan pra-musim Liverpool.

“Kereta Lamborghini tersebut terlibat dalam kemalangan jalan raya dan terbabas akibat tayar meletup ketika memotong.

“Kejadian berlaku pada awal pagi, sekitar pukul 12:30 tengah malam (waktu tempatan) di kawasan perbandaran Cernadilla dalam wilayah Zamora. Kereta tersebut terbakar dan kedua-dua penumpangnya maut,” kata kenyataan tersebut.

Difahamkan, identiti kedua-dua mangsa hanya dapat dikenal pasti menerusi plet kenderaan tersebut.

Sementara itu, menurut CNN Portugal, Jota,28, terpaksa menaiki feri untuk pulang ke UK kerana dinasihatkan tidak menaiki penerbangan susulan pembedahan paru-paru yang baharu dijalaninya.

Kelab Liverpool dalam satu kenyataan berkata, berita tersebut amat sedih untuk diterima dan berjanji akan memberikan sepenuh sokongan kepada ahli keluarga mendiang, rakan sepasukan serta kakitangan kelab.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More

Related Articles

Back to top button