JENAYAH & MAHKAMAH

Enggan pinjamkan wang, rakan cedera ditetak – Polis

PORT DICKSON – Seorang lelaki cedera ditetak rakannya selepas kerana enggan meminjamkan wang.

Menurut Ketua Polis Daerah Port Dickson, Supt. Aidi Sham Mohamed, kejadian berlaku berdekatan sebuah klinik di pekan Bukit Pelandok, di sini semalam.

“Bertindak atas maklumat, sekitar jam 1.50 pagi tadi, Bahagian Siasatan Jenayah IPD Port Dickson membuat tangkapan ke atas suspek di sebuah rumah di Taman Murni, Chuah.

“Pihak polis turut merampas sebilah parang yang dipercayai digunakan untuk mencederakan mangsa,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Katanya, suspek yang ditangkap berusia 33 tahun, mempunyai 12 rekod lampau membabitkan jenayah, dadah dan masih dalam senarai dikehendaki bagi satu kes dadah.

“Hasil ujian saringan air kencing, suspek juga di dapati positif dadah jenis methaphetamine,” katanya.

Mahkamah Majisteret Port Dickson membenarkan lelaki itu ditahan reman enam hari untuk siasatan lanjut mulai hari ini.

Aidi Sham berkata, siasatan awal mendapati mangsa dan suspek adalah rakan dan punca kejadian ekoran mangsa enggan memberikan suspek meminjam wang.

“Inilah punca awal hingga mengakibatkan suspek yang ketika itu dalam pengaruh alkohol hilang kawalan dan menyerang mangsa menggunakan parang.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 326 Kanun Keseksaan yang boleh membawa hukuman penjara selama tempoh 20 tahun dan denda dan sebatan,” katanya.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button