BERITA SEMASADALAM NEGERI

Pasangan suami isteri, empat anak hilang selepas pulang dari rumah ahli keluarga

JITRA – Sepasang suami isteri bersama empat anak termasuk seorang bayi dilaporkan hilang sejak semalam selepas menginap di rumah seorang ahli keluarga di Taman Aman, di sini.

Kehilangan Mohd Azim Ezzat, 32 dan isterinya, Nurul Hidayah Khalijah Razman Effendy, 31, bersama anak-anak mereka disedari adik kepada Mohd Azim, Nur Adliah Shuhada Ishak selepas mendapati keluarga itu tidak berada di rumah mereka di Jerlun dan tidak dapat dihubungi.

Katanya, keluarga abangnya sering datang dari Jerlun dan lazimnya akan pulang awal pagi untuk ke tempat kerja.

“Abang bekerja sebagai pengawal keselamatan, jadi biasanya akan bertolak balik sebelum subuh. Tapi pagi itu bila mereka tiada, saya sangka mereka sudah pulang seperti biasa,” katanya memetik laporan Berita Harian.

Kebimbangan mula tercetus apabila ibu mentua Mohd Azim memaklumkan bahawa keluarga tersebut masih belum tiba di kediaman mereka di Jerlun seperti kebiasaan.

“Malam sebelumnya kami berbual seperti biasa. Tiada sebarang petanda mereka berdepan sebarang masalah.

“Lebih merisaukan, panggilan ke telefon abang dan kakak ipar langsung tidak dijawab sejak pagi semalam,” katanya.

Tambahnya, anak sulung pasangan itu berusia 12 tahun tidak turut serta kerana ditinggalkan di rumah nenek mereka di Jerlun.

Beliau kemudian membuat laporan polis selepas menerima maklumat mengenai penemuan sebuah kereta di Sungai Korok, namun siasatan awal mengesahkan kenderaan itu bukan milik abangnya.

Nur Adliah merayu orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kehilangan itu agar segera menghubungi keluarga di talian 011-64408196 atau 011-60816922.

“Kami sangat bimbang, lebih-lebih lagi anak bongsu abang baru berusia enam bulan. Tiga lagi pun masih kecil dan bersekolah,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kubang Pasu, Superintendan Mohd Radzi Abdul Rahim, mengesahkan pihaknya menerima laporan berkaitan kehilangan tersebut dan siasatan lanjut sedang dijalankan.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button