Pelantikan ejen pemungut tidak jejas sistem MyJPJ – MOT
KUALA LUMPUR – Kementerian Pengangkutan (MOT) menegaskan pelantikan syarikat sebagai ejen pemungut bagi beberapa urusan pengangkutan tidak akan menjejaskan atau mengambil alih sistem MyJPJ.
Menurut Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Hasbi Habibollah, syarikat berkenaan hanya berperanan sebagai pemungut dilantik bagi pihak kerajaan, sama seperti agensi-agensi lain yang diberi kuasa mengutip bayaran tertentu.
“Mereka adalah pemungut sahaja. Mereka tiada kaitan dengan MyJPJ tidak akan sentuh, tidak akan diusir ataupun MyJPJ diambil alih oleh Rider Gate ini,” katanya menjawab soalan tambahan Datuk Ng Keng Heng pada sesi soal jawab lisan di Dewan Negara hari ini.
Mengulas lanjut, Hasbi berkata, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) melaksanakan pelbagai proses pendigitalan melalui aplikasi MyJPJ termasuk notifikasi tamat tempoh lesen, urusan pembaharuan serta pembayaran sama, sekali gus meningkatkan ketelusan dan mengurangkan risiko kesilapan manual.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








