Dua rumah, surau musnah dalam kebakaran di Keningau
KENINGAU – Dua buah rumah dan sebuah surau musnah dalam kejadian kebakaran di Kampung Pagar-Pagar Sondoton, di sini, awal pagi ini.
Pemangku Balai Bomba dan Penyelamat Keningau, Evan Bobby berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 12.53 tengah malam sebelum 10 anggota dikerahkan ke lokasi.
Menurutnya, sebaik tiba kira-kira jam 1 pagi, didapati kebakaran melibatkan tiga struktur tidak kekal iaitu dua rumah dan sebuah surau yang terbakar sepenuhnya.
“Operasi pemadaman dijalankan menggunakan satu aliran sepanjang 91 meter dengan dua pancutan air yang diperoleh daripada jentera, tangki air serta pili bomba berhampiran,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Beliau berkata, api berjaya dikawal pada jam 1.44 pagi daripada terus merebak ke kawasan berhampiran.
“Operasi ditamatkan sepenuhnya kira-kira jam 3 pagi selepas keadaan disahkan selamat,” katanya lagi.
Tambah beliau, tiada kemalangan jiwa dilaporkan dalam kejadian itu.
Bagaimanapun katanya, punca kebakaran serta jumlah kerugian masih dalam siasatan pihak bomba.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








