Kebakaran pada pesawat di KLIA dipercayai berpunca dari APU
SEPANG – Kepulan asap yang keluar dari badan sebuah pesawat di Terminal Satu, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pagi tadi dipercayai berpunca dari Unit Kuasa Bantuan (APU).
APU merujuk kepada enjin turbin kecil yang membekalkan kuasa elektrik dan pneumatik untuk pelbagai sistem dalam pesawat, terutamanya apabila enjin utama tidak beroperasi.
Dalam kejadian sekitar pukul 10 pagi itu, orang ramai dikejutkan dengan kepulan asap yang keluar dari badan sebuah pesawat di kawasan parkir.
“Pesawat dipercayai berpunca daripada Unit Kuasa Bantuan (APU) – komponen yang digunakan untuk menjana kuasa semasa pesawat berada di darat,” menurut sumber dipetik The Star.
Menurut sumber, pemeriksaan lanjut yang dilakukan ke atas pesawat berkenaan tidak menemui sebarang keabnormalan setakat ini.
“Tiada kecemasan diisytiharkan dan keadaan pesawat berada dalam kawalan,” katanya ringkas.
Sementara itu, usaha bagi mendapatkan maklum balas daripada pihak Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB) tidak berhasil.
Video berdurasi beberapa saat yang memaparkan asap keluar dari badan pesawat tersebut tular di media sosial.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








