JENAYAH & MAHKAMAH

Dua penjenayah maut berbalas tembakan dengan polis di Kajang

KUALA LUMPUR – Dua penjenayah warga tempatan maut selepas dipercayai berbalas tembakan dengan polis dalam kejadian di Jalan Persiaran Seri Putra 2, Bandar Seri Putra, Kajang dekat Kajang malam semalam.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk M. Kumar berkata, kejadian itu berlaku kira-kira jam 9.10 malam ketika pasukan polis menjalankan operasi khas membanteras kegiatan samun di sekitar Lembah Klang.

Menurut beliau, hasil siasatan awal mendapati kedua-dua suspek dipercayai aktif terlibat dalam beberapa kes samun bersenjata di kawasan sekitar.

“Pemeriksaan di lokasi kejadian menemukan sepucuk pistol jenis revolver bersama beberapa butir peluru dan kelongsong peluru,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Beliau berkata, polis turut merampas empat bilah parang, beberapa peralatan dipercayai digunakan untuk kegiatan pecah rumah selain topeng muka dan sarung tangan.

Tambahnya, satu sidang media berhubung kejadian tersebut dijangka diadakan pada Selasa bagi memberikan penjelasan lanjut mengenai operasi berkenaan.

Kes kini disiasat bagi mengenal pasti rangkaian jenayah suspek serta penglibatan mereka dalam kes-kes samun lain di sekitar Lembah Klang.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button