Operasi SAR remaja lelaki dihanyut arus longkang masuk hari ketiga
KAJANG – Operasi mencari dan menyelamat (SAR) remaja lelaki yang dihanyutkan arus ketika cuba mengambil bola di dalam longkang di Lorong 1/3A Taman Prima Saujana, di sini yang memasuki hari ketiga diperluaskan sehingga 10 kilometer membabitkan dua zon pencarian hari ini.
Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Naazron Abdul Yusof berkata, operasi SAR hari ini bermula jam 9.30 pagi untuk mencari seorang lagi mangsa, remaja lelaki berusia 14 tahun yang belum dijumpai .
Menurutnya, operasi hari ini dipecahkan kepada dua zon pencarian dengan jarak lebih kurang 10 kilometer bermula dari lokasi kejadian seterusnya ke Jalan Mendaling menuju Jalan Reko.
“Kekuatan agensi yang digunakan lebih kurang 65 pegawai terdiri daripada polis, bomba dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dan dibantu dua anjing pengesan (K9) bomba dan APM.
“Turut bersama Team Skuba Bomba dan Unit Dron APMserta duabot whally bagi menyusuri Sungat Langat ke arah Dengkil,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Kelmarin, dua beradik lelaki berusia 12 dan 14 tahun dikhuatiri lemas selepas didakwa terjatuh dan dihanyutkan arus deras ketika cuba mengambil bola dalam longkang besar di Lorong 1/3A, Taman Prima Saujana, Kajang.
Mangsa berusia 12 tahun ditemukan pada 7.47 malam kelmarin tadi di Sungai Merbau di Kampung Sungai Kantan, kira-kira dua kilometer dari lokasi kejadian dan disahkan meninggal dunia di Hospital Kajang.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








