BERITA SEMASAJENAYAH & MAHKAMAH

Dua pemilik syarikat, kerani disyaki rasuah permohonan warga negara direman

PUTRAJAYA – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan reman dua pemilik syarikat dan seorang kerani kerana disyaki terbabit sindiket merasuah pegawai-pegawai jabatan kerajaan bagi mempercepatkan proses permohonan mendapatkan taraf warganegara Malaysia oleh pemohon warga asing.

Perintah reman selama lima hari sehingga 20 Mac 2025 itu dikeluarkan Penolong Kanan Pendaftar Mahkamah Majistret Putrajaya, Qasiratul Jannah Usmani Othman terhadap kerani lelaki berusia lingkungan 20-an selepas permohonan dibuat SPRM, semalam.

Manakala kedua-dua suspek lelaki berjawatan pengarah syarikat berusia lingkungan 30-an direman selama empat hari sehingga 20 Mac 2025 selepas Majistret Irza Zulaikha Rohanuddin membenarkan permohonan SPRM pagi tadi.

Sumber Malaysia Tribune berkata, ketiga-tiga suspek ditahan antara pukul 1 pagi hingga 1.30 petang semalam di Ibu Pejabat SPRM, Putrajaya ketika hadir memberi keterangan.

“Tangkapan terhadap ketiga-tiga suspek menerusi Op Fastlane ini adalah susulan Op Outlander yang dijalankan pada 11 Mac lalu melibatkan sindiket yang merasuah pegawai-pegawai jabatan kerajaan bagi mempercepat proses permohonan taraf kewarganegaraan.

“Mereka dipercayai membayar rasuah antara RM5,000 hingga mencecah RM150,000 bagi satu permohonan,” katanya.

Sementara itu, Pengarah Kanan Bahagian Perisikan SPRM, Datuk Idris Zaharuddin ketika dihubungi mengesahkan tangkapan terhadap ketiga-tiga suspek dan berkata kes disiasat di bawah Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button