JENAYAH & MAHKAMAH

Dua beranak sesat cari akar kayu ditemui lemah di hutan Besut

BESUT – Dua beranak yang dilaporkan tersesat ketika mencari akar kayu di hutan berhampiran kawasan rekreasi La Hot Spring, di sini, ditemui selamat tengah hari tadi.

Kedua-dua mangsa, Adam Adnan, 25, dan bapanya, Adnan Mohamad, 57, ditemui pasukan mencari dan menyelamat (SAR) pada pukul 12.40 tengah hari, kira-kira tiga kilometer dari pusat operasi.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Jertih, Mustafa Ismail berkata, kedua-dua mangsa ditemui dalam keadaan lemah sebelum dibawa keluar dari kawasan hutan kira-kira pukul 2.40 petang.

“Mereka kemudian dibawa ke Hospital Besut untuk mendapatkan rawatan lanjut,” katanya memetik laporan Utusan Online.

Terdahulu, dua beranak itu dilaporkan tersesat ketika mencari akar kayu di kawasan hutan berkenaan sejak pagi semalam.

Ketua Polis Daerah Besut, Superintendan Rozaime Ab Rahim berkata, kedua-dua mangsa memasuki hutan itu pada pagi semalam sebelum seorang daripada mereka menghubungi ahli keluarga kira-kira pukul 3.30 petang untuk memaklumkan bahawa mereka tersesat.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button