Dr Akmal kembali kritik keputusan keluarkan cecair vape daripada Akta Racun
KUALA LUMPUR – Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Muhamad Akmal Saleh mengulangi pendiriannya membantah keputusan Kementerian Kesihatan (KKM) sebelum ini yang mengeluarkan cecair nikotin untuk vape daripada senarai bahan di bawah Akta Racun.
Beliau berkata, bantahan tersebut telah disuarakan sejak awal lagi kerana bimbang terhadap kesan jangka panjang keputusan itu.

“Dari awal saya membantah keputusan Menteri Kesihatan ketika itu untuk mengeluarkan cecair vape daripada Akta Racun. Dan hasilnya, kita boleh lihat hari ini,” katanya menerusi hantaran di Facebook.
Beliau turut memuat naik keratan berita mengenai kritikannya mengenai keputusan tersebut pada 2023.
Selain itu, turut disertakan keratan berita bertajuk Khayal ‘Piu Piu’ sampai naik bulan! PDRM tegas vape wajar diharamkan segera bersama hantaran tersebut.
Tegas beliau, setiap keputusan yang dibuat oleh mana-mana pemimpin, perlu melihat dalam aspek kesan jangka panjang.
“Sebab itu bukan buat keputusan syok sendiri sahaja.
“Keputusan yang kurang cerdik, kesannya kepada anak-anak dan generasi mendatang,” katanya.
Dalam nada sinis, beliau turut mengucapkan ‘tahniah’ kepada Menteri Kesihatan ketika keputusan itu dibuat.
Terdahulu, isu kawal selia vape kembali menjadi perhatian selepas pelbagai pihak, termasuk pakar kesihatan dan badan bukan kerajaan menyuarakan kebimbangan mengenai peningkatan penggunaan rokok elektronik serta pendedahan golongan muda kepada produk berasaskan nikotin.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |

















