Pelakon Cik Man kritikal di ICU, terpaksa ditidurkan susulan saluran jantung tersumbat
KUALA LUMPUR – Pelakon veteran, Kamarool Yusoff atau Cik Man dilaporkan berada dalam keadaan kritikal dan terpaksa ditidurkan di unit rawatan rapi (ICU) Hospital Tanah Merah, Kelantan kerana mengalami masalah saluran jantung tersumbat.
Khabar itu dimaklumkan Amir Raja Lawak menerusi hantaran di Facebook hari ini.
“Assalamualaikum. Dimaklumkan, Cik Man telah dimasukkan ke hospital Tanah Merah tengah malam semalam.
“Keadaan beliau terkini kritikal kerana saluran jantung tersumbat. Dia kini telah ditidurkan untuk doktor lakukan rawatan,” kata Amir menerusi hantaran tersebut.
Amir turut mendoakan semoga Allah permudahkan segala urusan rawatan Cik Man.
“Semoga Cik Man cepat sembuh, pulih sihat seperti sediakala. Amin,” katanya.
Tambahnya, buat masa sekarang tiada pelawat dibenarkan melawat Cik Man di hospital.
“Ada apa-apa perkembangan, Insya-Allah, saya akan update juga. Doa segala kebaikan buat Cik Man,” ujarnya.
Ketika zaman mudanya, Kamarool popular dengan watak Farouk apabila membuat penampilan sulungnya dalam filem Gila-Gila Remaja bersama pelakon Faizal Hussein sekitar tahun 1980-an.
Namun, panggilan Cik Man mula digunakan selepas tampil dengan watak tersebut dalam filem arahan Allahyarham Mamat Khalid, Rock Oo.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |







