BERITA SEMASADALAM NEGERI

Akmal Saleh mengaku tidak bersalah

BUKIT MERTAJAM – Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Muhamad Akmal mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret, di sini hari ini, atas pertuduhan mengeluarkan kenyataan dalam laman sosial yang menimbulkan kegentaran dan keselamatan awam.

Akmal, 37, memohon kesnya dibicarakan ketika pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Majistret Nurul Rasyidah Mohd Akit, memetik laporan Buletin TV3 hari ini.

Dr Akmal Saleh didakwa di bawah Seksyen 505(B). Foto NSTP

Mengikut pertuduhan, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Merlimau itu didakwa mengeluarkan kenyataan dalam laman sosial miliknya, yang dilihat menimbulkan kegentaran awam, apabila mendorong mana-mana orang supaya melakukan kesalahan terhadap ketenteraman awam, jam 3 petang pada 11 Ogos lalu.

Kesalahan itu didakwa mengikut Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikemukakan Timbalan Pendakwa Raya, Datuk Mohd Nordin Ismail, manakala Akmal diwakili barisan peguam diketuai Aizat Azam.

Mahkamah membenarkan Akmal diikat jamin RM5,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 22 September depan untuk serahan dokumen.

Terdahulu Akmal ditemani isterinya, Datin Dr Fatin Nadhirah Idrus serta ahli keluarga tiba di mahkamah jam 8.20 pagi dengan disambut ratusan penyokong.

 

 

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button