Aliff Syukri beri bayangan sertai UMNO, minta pandangan kawasan jika bertanding
KUALA LUMPUR – Usahawan sensasi, Datuk Seri Aliff Syukri Kamarzaman memberi bayangan bakal aktif dalam politik selepas memuat naik video di media sosial menyatakan hasrat menyertai Pemuda UMNO mewakili kawasan Sungai Buloh.
Dalam hantaran tersebut, Aliff Syukri turut menzahirkan penghormatan kepada Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki serta berharap dapat dibimbing untuk menjadi pemimpin yang lebih baik demi memperkukuh parti dan negara.
“Saya Datuk Seri Aliff Syukri selaku Pemuda UMNO mewakili kawasan Sungai Buloh. Yang saya hormati dan sanjungi iaitu Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki.
“Semoga tuan boleh membimbing saya menjadi yang lebih hebat lagi untuk memastikan UMNO dan Malaysia menjadi negara yang lebih hebat, negara yang lebih bagus dan juga makmur,” katanya.
Beliau turut berharap kehadirannya dalam parti itu dapat membuka ruang untuk memperbaiki diri serta memberi sumbangan lebih besar kepada masyarakat.
“Semoga dengan kehadiran saya, tunjuk ajar sifu menjadikan saya orang yang lebih hebat dan lebih baik lagi daripada sebelum ini.
“Kepada anda di luar sana mungkin daripada sekadar angan-angan ia menjadi satu realiti.
“Korang doakanlah saya. Korang rasa kalau saya bertanding, kawasan mana yang wajar, cuba komen di bawah,” katanya lagi.
Terdahulu, hantaran tersebut turut mendapat perhatian Dr Asyraf Wajdi yang mengundang Aliff Syukri menghadiri Konvensyen 80 Tahun UMNO di Pusat Dagangan Dunia (WTC) Kuala Lumpur pada 2 Mei ini.
“Jemput datang ke Konvensyen 80 Tahun UMNO di WTC KL pada 2 Mei 2026 ini. Boleh isi borang online myumno.org. Nanti saya sendiri bagi Kad Keahlian pada 2 Mei nanti,” tulis beliau.
Komen itu turut disertakan pautan sistem pendaftaran keahlian UMNO secara dalam talian.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








