AGAMABERITA SEMASA

Dokumen tular waktu solat Aidilfitri pada 20 Mac di Pahang adalah palsu

KUANTAN – Dokumen tular di media sosial yang didakwa sebagai surat rasmi berkaitan penetapan waktu solat sunat Aidilfitri di negeri Pahang adalah palsu.

Jabatan Mufti Negeri Pahang dalam satu kenyataan memaklumkan pihaknya memandang serius penyebaran dokumen berkenaan di samping menegaskan ia bukan dikeluarkan jabatan itu.

Justeru itu, katanya, orang ramai dinasihatkan tidak menyebarkan maklumat yang tidak sahih serta sentiasa merujuk kepada pengumuman rasmi daripada Jabatan Mufti Negeri Pahang atau pihak berkuasa agama negeri Pahang bagi mendapatkan maklumat yang tepat.

“Pihak Jabatan Mufti Negeri Pahang juga tidak menolak kemungkinan untuk membuat laporan kepada pihak berkuasa sekiranya penyebaran dokumen palsu ini berterusan,” katanya.

Terdahulu, tular penyebaran dokumen di media sosial yang didakwa sebagai surat rasmi berkaitan penetapan waktu solat sunat Aidilfitri negeri itu pada jam 8.45 pagi, 20 Mac ini.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button