PMXBERITA SEMASA

‘Demi kepentingan rakyat saya akan flip-flop’ – PM Anwar

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bertegas beliau akan terus mementingkan rakyat biarpun keputusan yang dibuat dianggap sebagai flip-flop.

Anwar berkata, keputusan berkaitan beberapa perkara termasuk biasiswa Jabatan Perkhidmatan Awam, tarif elektrik, ayam dan telur yang meletakkan kebajikan dan kesejahteraan rakyat di hadapan bukan satu flip-flop.

“Apa yang flip-flopnya? Kalau keputusan itu membebankan rakyat, Tanjung Karang patut bangkit. Keputusan membantu rakyat Tanjung Karang nak jadi juara siapa?

“… beza YB Tanjung Karang ini yang tak puas hati flip-flop, kalau pun flip-flop demi kepentingan rakyat saya akan flip-flop.

“Buat apa tak nak flip-flop tetapi membebankan rakyat? Kalau tak mahu flip-flop keputusan Kabinet dahulu masa Perikatan Nasional naik eletrik semua. Saya tukar flip-flop tak nak bebankan rakyat. Tak nak naikkan elektrik,” kata Anwar.

Perdana Menteri berkata demikian bagi menjawab soalan Ahli Parlimen, Datuk Dr. Zulkafperi Hanapi (PN-Tanjung Karang) di Dewan Rakyat hari ini.

Jelas Anwar, keputusan menarik biasiswa Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) yang melibatkan beberapa kursus adalah keputusan pentabiran lama, diikuti isu subsidi ayam dan telur yang dibuat kerana kepentingan rakyat.

“JPA (adalah) keputusan lama, ada rekod. Saya hadir mesyuarat JPA memang ada keputusan lama untuk mengkaji semula dan menghentikan. Yang diumumkan keputusan lama. Bila saya pengerusikan mesyurat JPA keputusan yang saya buat, sambung biasiswa.

“Begitu juga ayam dan telur. Habis dia Jun. Itu keputusan lama. Kementerian umumkan keputusan. Bila rujuk kepada Menteri Kewangan dan Perdana Menteri saya kata sambung. Bila dimaklum kepada saya, diteliti akan membebankan rakyat, Hari Raya Haji dekat kita tolong rakyat,” tegas Anwar.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button