BERITA SEMASAPMX

Anwar tegaskan kekuatan Malaysia terletak pada kesatuan dalam kepelbagaian

KUALA LUMPUR – Keharmonian di Malaysia bukanlah satu kebetulan, sebaliknya ia dibina melalui dasar yang adil serta budaya saling memahami antara rakyat berbilang kaum dan agama.

Dalam ucapan sempena sambutan Hari Natal, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, di sebalik ketidaktentuan ekonomi dunia dan konflik kemanusiaan, Malaysia kekal memilih jalan perpaduan dan dialog sebagai asas masa depan negara.

“Perpaduan yang tulen terzahir apabila setiap warga dihormati, dilindungi dan diberi ruang untuk menyumbang kepada masa depan negara,” katanya dalam kenyataan.

Beliau turut menekankan bahawa Kerajaan MADANI percaya peluang yang saksama adalah kunci kepada kestabilan sosial yang berpanjangan.

Sehubungan itu, Datuk Seri Anwar menyeru rakyat Malaysia supaya terus memperkukuh tekad dalam menolak sentimen kebencian serta menyemai nilai empati sesama warga.

“Kekuatan Malaysia terletak pada kesatuan dalam kepelbagaian. Marilah kita memperkukuh tekad untuk menolak kebencian dan menyemai empati,” ujar beliau.

Mengakhiri kenyataan tersebut, Datuk Seri mengucapkan Selamat Hari Natal kepada semua penganut Kristian dan berharap sambutan itu membawa kedamaian serta kemakmuran kepada seluruh rakyat Malaysia.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button