DBKL sita penjaja warga asing tanpa lesen
KUALA LUMPUR – Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menyita peralatan perniagaan tujuh penjaja warga asing yang menjalankan perniagaan tanpa lesen dalam satu operasi semalam.
DBKL dalam satu kenyataan hari ini berkata, operasi tersebut dijalankan di Jalan Sultan (Pasar Karat), Jalan Petaling dan Jalan Tun Tan Siew Sin (Jalan Silang), Jalan Tun Tan Cheng Lock dan Jalan Balai Polis.
“Penjaja warga asing itu menjalankan perniagaan barang terpakai, sirih dan makanan tanpa lesen,” katanya dalam kenyataan di Facebook.
DBKL berkata, dua notis kompaun dikeluarkan kepada peniaga warga tempatan beroperasi tanpa lesen, iaitu seorang penjual aksesori dan seorang peniaga makanan mengikut kesalahan Undang-Undang Kecil Pelesenan Penjaja (Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur) 2016.
“Semua barang yang disita dipindahkan ke Stor Sitaan DBKL Jalan Lombong Taman Miharja, Cheras untuk dokumentasi.
“Penguatkuasaan dijalankan bersama Jabatan Pelesenan Pembangunan Perniagaan DBKL bagi memastikan semua perniagaan Pasar Karat beroperasi sepenuhnya di tempat baru berhampiran Pasar Lee Lam Thye di Lorong Bandar 21,” katanya lagi.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








