BERITA SEMASA

Calon BN Jeram Padang cedera, pemandu kritikal dalam kemalangan awal pagi tadi

KUALA LUMPUR – Calon Barisan Nasional (BN) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Jeram Padang, Jempol, Negeri Sembilan, Datuk Mohd Zaidy Abdul Kadir cedera manakala pemandunya cedera parah dalam kemalangan awal pagi tadi.

Dalam kenyataan di Facebook, Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki memaklumkan kemalangan berlaku jam 3.25 pagi di Jalan Pasir Besar-Palong di Negeri Sembilan.

“Pemandu agak kritikal. Mohon semua dapat doakan agar keduanya kembali sembuh dengan sempurna dan diangkat segala kesakitan,” katanya.

Difahamkan Mohd Zaidy yang bertembung dengan calon Perikatan Nasional (PN) S Surash pada Pilihan Raya Negeri, 12 Ogos ini sedang dirawat di Hospital Jempol

Pemandunya pula difahamkan mengalami pendarahan dalam otak dan sedang ditidurkan.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button