Seorang lagi anggota trafik cedera akibat kemalangan ketika penugasan iringi konvoi delegasi antarabangsa
KUALA LUMPUR – Seorang lagi anggota Jabatan Siasatan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) difahamkan cedera selepas terbabit dalam satu kemalangan di Jalan Tun Razak, berhampiran susur keluar ke Jalan Kinabalu, di sini tengah hari tadi.
Laporan BH Online menyebut, kejadian berlaku ketika anggota trafik berkenaan sedang mengiringi konvoi delegasi Brazil yang menghadiri Sidang Kemuncak ASEAN ke-47.
Difahamkan, motosikal ditunggang mangsa terlanggar bahagian belakang sebuah kereta yang berhenti secara mengejut.
Anggota polis berkenaan kemudian dihantar ke Hospital Kuala Lumpur untuk rawatan lanjut.
Kemalangan itu adalah yang kedua menimpa anggota polis trafik ketika dalam penugasan mengiringi delegasi Sidang Kemuncak ASEAN ke-47.
Semalam, seorang anggota JSPT berpangkat Koperal berusia 35 tahun, cedera selepas motosikal jenis Kawasaki GTR ditunggangnya dilanggar sebuah kenderaan pacuan empat roda jenis Toyota Hilux.
Dalam keadian di Kilometer (KM) 22.3 susur keluar Hentian Rawat dan Rehat (R&R) Dengkil arah utara Lebuhraya Elite itu, mangsa patah betis kiri selain cedera di pergelangan tangan dan lutut sebelah kiri.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








