BERITA SEMASA

Bumiputera, bukan bumiputera perlu sama-sama bersaing di peringkat global – Rafizi

PUTRAJAYA – Golongan bumiputera dan bukan bumiputera perlu sama-sama bersaing di peringkat global daripada bersaing dan bertelingkah sesama sendiri.

Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli berkata, wujud potensi bagi kedua-duanya maju bersama yang akhirnya akan menguntungkan negara.

“Perlu ada perkongsian pintar dan tulen demi mengembangkan kek ekonomi.

“Saya fikir penting untuk membincangkan jalan membangunkan ekonomi kita dan semua orang bekerja bersama, dan bagi bukan Bumiputera perlu faham kita ada 33 juta orang dan kita kena bersaing di peringkat global,” kata Rafizi, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menghadiri majlis perasmian Kongres Ekonomi Bumiputera 2024 (KEB2024), di sini hari ini.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button