JENAYAH & MAHKAMAH

‘Bukan cubaan terjun tapi gangguan histeria’

BACHOK – Polis menolak dakwaan insiden melibatkan seorang pelajar di sebuah sekolah menengah di sini merupakan cubaan terjun dari bangunan sebaliknya menjelaskan ia adalah akibat gangguan histeria.

Ketua Polis Daerah, Superintendan Mohamad Ismail Jamaluddin berkata, kejadian berlaku tengah hari semalam di Sekolah Menengah Kebangsaan Sri Gunung, di sini.

Tambahnya, siasatan awal mendapati pelajar perempuan berkenaan mula menunjukkan tingkah laku tidak terkawal di dalam kelas sebelum memanjat keluar melalui tingkap ke koridor tingkat satu.

“Usaha guru untuk menenangkannya tidak berjaya apabila dia menjadi agresif dan kelihatan berada dalam keadaan separa sedar,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Pihak sekolah kemudian mendapatkan bantuan anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) yang berjaya membawa turun pelajar itu dengan selamat pada pukul 12.31 tengah hari.

Ismail kemudiannya menjelaskan, pelajar tersebut mempunyai sejarah terkena histeria sebelum ini dan pernah menjalani rawatan tradisional serta psikiatri, namun masih belum pulih sepenuhnya.

“Mangsa kemudiannya diserahkan kepada ibunya untuk tindakan lanjut dan dilaporkan berada dalam keadaan stabil tanpa sebarang kecederaan,” katanya lagi.

Tambahnya, setakat ini tiada laporan polis dibuat berhubung kejadian tersebut.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button