BERITA SEMASAPOLITIK

BN-PH setuju bekerjasama hadapi PRN17 Sabah

SHAH ALAM – Barisan Nasional dan Pakatan Harapan (BN-PH) mencapai kesepakatan untuk bekerjasama menghadapi Pilihan Raya Negeri ke-17 (PRN17) Sabah.

Keputusan itu dicapai dalam satu mesyuarat kepimpinan tertinggi antara Pengerusi PH, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Pengerusi BN, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi, semalam.

Dalam kenyataan bersama hari ini, Setiausaha Agung PH, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail dan Ketua Sekretariat Kerajaan Perpaduan, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata, bentuk kerjasama termasuk pengagihan kerusi serta perundingan dengan parti lain akan diperincikan bersama oleh kepimpinan PH dan BN Sabah.

“Segala keputusan akan dimuktamadkan oleh kepimpinan tertinggi kedua-dua parti di peringkat kebangsaan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Sebelum ini, Ahmad Zahid memaklumkan bahawa kerjasama politik di Sabah akan merangkumi gagasan ‘BN, PH plus’ bagi membentuk pakatan yang kukuh.

Ditanya mengenai kerjasama dengan Gabungan Rakyat Sabah (GRS), beliau berkata BN sentiasa terbuka untuk berbincang dengan mana-mana parti politik berdasarkan prinsip keterbukaan.

Sementara itu, Pengerusi GRS, Datuk Seri Hajiji Noor menyatakan bahawa belum ada keputusan muktamad mengenai kerjasama atau pengagihan kerusi antara partinya dengan mana-mana gabungan menjelang PRN17.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button