POLITIK

BERSATU gantung keahlian Wan Ahmad Fayhsal

SHAH ALAM – Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi BERSATU, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal digantung hak-hak keahlian di bawah Fasal 22.5 bagi tempoh satu penggal pemilihan parti itu berkuat kuasa mulai 13 Oktober lalu.

Pengerusi Lembaga Disiplin Bersatu, Datuk Mohd Radzi Manan berkata, perkara tersebut telah diputuskan pada 8 Oktober lalu.

Menurutnya, tindakan berkenaan dilakukan atas tindakan Ahli Parlimen Machang itu melanggar Fasal 9.1.4 Perlembagaan parti iaitu mematuhi Perlembagaan dan Kod Etika dan Tatakelakuan Ahli.

“Sila ambil perhatian, bahawa dengan penggantungan tersebut, maka Yang Berhormat secara langsung dilucutkan segala jawatan yang dipegang dan tidak boleh membuat sebarang kenyataan atas nama parti sehingga tamat tempoh penggantungan.

“Sila ambil perhatian juga bahawa Yang Berhormat boleh mengemukakan rayuan kepada Lembaga Rayuan untuk pertimbangan dalam tempoh 14 hari dari tarikh notis ini,” katanya menerusi notis penggantungan keahlian BERSATU bertarikh semalam.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button