Pesawat terhempas di London, juruterbang sempat lambai kanak-kanak
LONDON – Sebuah pesawat jenis Beech B200 Super King Air terhempas di Lapangan Terbang Southend, di sini, semalam, selepas beberapa saat berlepas.
Lebih memilukan, juruterbang pesawat berkenaan sempat melambai ke arah sekumpulan kanak-kanak di darat sebelum pesawat terbabit hilang kawalan, terbalik dan menjunam lalu meletup dalam bola api besar.
Pesawat milik syarikat Zeusch Aviation itu difahamkan sedang melakukan penerbangan perubatan dan membawa empat individu, termasuk dua kru, memetik laporan The Sun UK.
Setakat ini, status kesemua mangsa belum disahkan secara rasmi.
Menurut saksi kejadian, pesawat dilihat membelok secara tiba-tiba ke kiri sebelum terhempas berhampiran kawasan padang berhampiran lapangan terbang, mencetuskan kepulan asap tebal dan api marak yang dapat dilihat dari jarak jauh.
Pasukan kecemasan termasuk bomba, ambulans dan polis dikerahkan ke lokasi dan memaksa lapangan terbang ditutup sementara dan semua penerbangan digantung bagi tujuan keselamatan.
Biro Penyiasatan Kemalangan Udara Britain (AAIB) telah memulakan siasatan menyeluruh bagi mengenal pasti punca nahas, termasuk kemungkinan kegagalan teknikal atau faktor lain.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |









One Comment