BERITA SEMASALUAR NEGARA

Iran setuju tutup Selat Hormuz susulan serangan AS

ISTANBUL — Parlimen Iran meluluskan usul menutup Selat Hormuz sebagai respons terhadap serangan udara Amerika Syarikat (AS) ke atas tiga tapak nuklear utama negara itu.

Ahli Suruhanjaya Keselamatan Negara Parlimen, Mejar Jeneral Esmaeil Kowsari berkata, keputusan itu dicapai selepas perbincangan di Parlimen hari ini.

“Parlimen mencapai kesimpulan bahawa Selat Hormuz perlu ditutup.

“Keputusan muktamad mengenai pelaksanaan langkah itu terletak di bawah bidang kuasa Majlis Keselamatan Tertinggi Negara,” katanya dalam satu kenyataan.

Majlis Keselamatan Tertinggi merupakan badan tertinggi yang menggubal dasar keselamatan di Iran.

Selat Hormuz di Teluk Parsi menjadi laluan strategik bagi hampir 20 peratus eksport minyak global.

Terdahulu, Presiden AS, Donald Trump mengesahkan pasukan tenteranya telah melancarkan serangan ke atas tiga fasiliti nuklear Iran di Fordow, Natanz dan Isfahan.

Serangan itu merupakan peningkatan dalam konflik ketenteraan antara Israel, yang disokong AS, dengan Iran sejak 13 Jun lalu.

Ketegangan tersebut mencetuskan siri serangan balas oleh Tehran ke atas Israel.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More

Related Articles

Back to top button