BERITA SEMASASUKAN

Empat pemain badminton sertai Program RTG 2025

KUALA LUMPUR – Empat pemain badminton negara, Goh Sze Fei, Nur Izzuddin Rumsani, Goh Soon Huat dan Shevon Lai kini secara rasmi menyertai Program Road To Gold (RTG) bagi kitaran 2025.

Penyertaan mereka diumumkan hari ini selepas keempat-empat mereka menzahirkan komitmen terhadap program yang bertujuan membantu atlet mencapai kelayakan ke Sukan Olimpik Los Angeles, Amerika Syarikat pada 2028.

Menerusi RTG, mereka akan menerima sokongan prestasi secara menyeluruh dalam usaha mencipta sejarah buat negara di temasya sukan terbesar dunia itu.

Menurut Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh, program RTG sentiasa menyokong atlet yang memenuhi kriteria ditetapkan.

“Kita berharap sokongan tambahan ini akan mendorong mereka terus cemerlang tahun ini,” katanya dalam satu kenyataan di Facebook miliknya hari ini.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More

Related Articles

Back to top button