Bayaran balik cukai dikreditkan secara berperingkat mulai minggu kedua Mac
CYBERJAYA – Bayaran balik cukai kepada pembayar cukai yang layak dan telah selesai diproses akan mula dikreditkan secara berperingkat mulai minggu kedua bulan Mac ini.
Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (HASiL) berkata, bayaran balik itu melibatkan pembayar cukai individu yang telah mengemukakan Borang Nyata Cukai Pendapatan (BNCP) bagi Tahun Taksiran 2025.
Katanya, ia elaras dengan pembukaan perkhidmatan e-Filing mulai 1 Mac lalu.
“Selaras dengan Piagam Pelanggan HASiL, bayaran balik cukai bagi BNCP yang dihantar melalui e-Filing akan diproses dalam tempoh sehingga 30 hari bekerja, manakala bagi BNCP yang dihantar secara manual pula tempoh pemprosesan adalah sehingga 90 hari bekerja,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Walau bagaimanapun katanya, sekiranya maklumat yang dikemukakan oleh pembayar cukai adalah lengkap dan tepat serta tidak memerlukan semakan lanjut, bayaran balik cukai akan diproses lebih awal daripada tempoh yang ditetapkan.
Sehubungan itu katanya, pembayar cukai dinasihatkan untuk memastikan maklumat akaun bank yang dilaporkan kepada HASiL adalah tepat dan terkini bagi memastikan bayaran balik dapat diproses dengan lancar.
“HASiL komited untuk terus menambah baik penyampaian perkhidmatan kepada pembayar cukai serta memastikan urusan percukaian dilaksanakan secara cekap dan efisien,” katanya.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |

















