Baby Shima tidak jadi menjadi calon PRN, nitizen hampa
KUALA LUMPUR – Penyanyi dangdut Baby Shima mengumumkan menarik diri daripada bertanding dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang.
Pengumum mengenai perkara itu dibuat melalui satu hantaran video di akaun Instagramnya selepas bertemu bekas Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin.
Di dalam video berkenaan, Baby Shima memberitahu Khairy bahawa dia akan bertanding pada PRN 12 Ogos ini dan bertanyakan kerusi yang sesuai untuk ditandinginya.
Khairy baharu sahaja mengetahuhi perkara itu kemudian secara berseloroh menjawab; ‘Kelantan’.
Video itu kemudian diakhiri dengan kesan bunyi ‘krik, kirk, krik… menandakan jawapan yang agak sukar diterima Baby Shima.
Pada ruang kapsyen hantaran itu, Baby Shima membatalkan hasratnya untuk bertanding.
“Alamak! kalau macam tu, maaf YB KJ, Shima tak jadilah nak bertanding,” tulisnya.
Bagaimanapun, sebahagian daripada peminat Baby Shima menasihatkannya supaya tidak mengalah dan meneruskan hasrat murninya untuk menceburi bidang politik.
Zahura779 berkata : jangan cepat mengalah..shima kelantan pun kelantan lah..janji jaga kebagikan rakyat bela nasib rakyat..yang dh lama guna air paip yang keruh..maju terus maju usah mundur teteh.
Aiman Mukhlis : syima menang kt klntan sy nk buka kedai jual nombor plate
Adeed8 : Serious la tak jadi? Hahhahahahhahaha
Semalam, Baby Shima atau nama sebenarnya, Nor Ashima Ramli, 30, memuat naik video berkenaan hasrat untuk bertanding sebagai calon bebas pada PRN.
Dalam video ringkas yang dimuatkan sebelum ini, dia memberitahu mahu menjadi calon untuk berkhidmat kepada masyarakat.
“Assalamualaikum rakyat Malaysia. Dengan ini saya ingin mengumumkan yang saya akan bertanding PRN ini untuk berkhidmat dan membela rakyat.
“Ingat, kamu bawa perubahan. Fikir-fikirkanlah anak muda. Undi saya,” katanya.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








