POLITIK

Tiada guna duit banyak tapi belanja sikit untuk rakyat – Azmin

GOMBAK – Calon Perikatan Nasional (PN) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Hulu Kelang Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berpendapat tiada gunanya sesebuah kerajaan itu mempunyai simpanan duit yang banyak tetapi tidak menggunakanya bagi kebajikan rakyat.

Menurut Azmin, yang juga merupakan Pengerusi PN Selangor, sepatutnya, kerajaan perlu berbelanja, lebih-lebih lagi ketika sedang menghadapi kegawatan ekonomi.

Katanya, perbelanjaan tersebut penting bagi memastikan aktiviti ekonomi dalam negara terus rancak.

“Ketika negara sedang berhadapan dengan kegawatan ekonomi sepatutnya kita berbelanja bukannya menyimpan tidak ada makna pemimpin negeri atau negara mendabik dada bahawa simpanan mereka besar (banyak) sedangkan rakyat tidak mendapat manfaat,” katanya dalam satu sidang media di sini, hari ini.

Mengulas lanjut, bekas Menteri Besar Selangor (2014-2018) itu berkata, ketika menerajui kerajaan negeri, Selangor telah berjaya memperoleh surplus hasil daripada dua Belanjawan defisit yang dikemukakan beliau.

“Pada tahun 2015, saya umumkan RM450 juta Belanjawan defisit untuk Selangor maknanya kita belanja lebih daripada pendapatan.

“Mengapa perlu dilakukan ketika kegawatan kerana kita harus merancakkan aktiviti ekonomi di lapangan supaya rakyat dapat manfaat, jadi kita kena belanja lebih daripada pendapatan itu dibenarkan ketika kegawatan.

“Tetapi sebab kita belanja dengan berhemah dan bertanggungjawab pegawai-pegawai kerajaan dan anggota perkhidmatan awam ketika saya di Selangor Maka daripada Belanjawan defisit RM450 juta akhirnya kita mendapat surplus pada tahun berkenaan sebanyak RM230 juta

“Saya menggunakan pendekatan yang sama pada tahun berikutnya iaitu 2016 saya kemukakan Belanjawan defisit sebanyak RM630 juta tetapi pada Oktober 2016 saya telah mencatat surplus sebanyak RM351 juta.

“Inilah langkah-langkah bertanggungjawab yang kita telah lakukan bagi merancakkan pertumbuhan ekonomi pada ketika itu,” katanya.

Ditanya mengenai keseluruhan tawaran yang diberikan oleh PN kepada Selangor sekiranya memenangi Pilihan Raya Negeri (PRN) 12 Ogos ini, Azmin memberi jaminan tawaran itu boleh dilaksanakan dan realistik berdasarkan statistik dan rekod pentadbiran beliau sebelum ini.

“Apakah kita ada keupayaan laksana pakej rangsangan ini? Jawapan saya ya kerana pakej ini realistik dan boleh dilaksanakan.

“Ketika kita berada dalam pentadbiran dan sebahagian wakil Exco ketika itu adalah daripada Pas, di mana mereka juga bersama dengan saya telah membangunkan negeri Selangor,” ujarnya lagi.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button