POLITIK

PRN: KJ bakal bertanding di Selangor, wakili Bersatu?

KUALA LUMPUR – Bekas Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin disebut-sebut bakal bertanding di salah satu kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dalam Parlimen Sungai Buloh sekiranya menerima tawaran Bersatu untuk menyertai parti itu sebelum pilihan raya negeri (PRN) akan datang.

Seorang pemimpin kanan PAS Selangor berkata nama Khairy, walaupun tidak tersenarai dalam senarai PAS untuk pilihan raya negeri, mungkin termasuk di bawah Bersatu.

“Lagipun kita memang menerima baik mana-mana pihak luar yang ingin bertanding mewakili Perikatan Nasional (PN) dan boleh memberi kemenangan kepada kita.

“Malah, jika ada arahan daripada pimpinan Pusat untuk menarik pihak luar untuk bertanding dan memberi kemenangan, kita juga tidak ada masalah untuk itu,” katanya seperti dipetik Utusan Malaysia hari ini.

Sebelum ini dilaporkan Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin menawarkan Khairy bertanding dalam pilihan raya negeri akan datang jika dia menyertai Bersatu.

Menurut Ketua Penerangan Bersatu Razali Idris, tawaran itu dibuat apabila bekas menteri kesihatan itu melawat rumah Muhyiddin selepas dipecat daripada UMNO.

Khairy bagaimanapun tidak menjawab tawaran itu dan meminta sedikit masa untuk membuat keputusan.

Terdapat tiga kerusi DUN di bawah kerusi parlimen Sungai Buloh iaitu Bukit Lanjan, Kota Damansara, dan Paya Jaras.

Pada pilihan raya umum ke-15, Khairy bertanding di kerusi parlimen Sungai Buloh bagi pihak BN tetapi tewas kepada R Ramanan dari Pakatan Harapan dengan 2,693 undi.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button