Ashwad Ismail undur diri sebagai Ketua Pengarang Astro AWANI
KUALA LUMPUR – Ketua Pengarang Astro AWANI, Ashwad Ismail mengumumkan keputusan untuk berundur daripada jawatannya selepas lima tahun menerajui organisasi berita berkenaan.
Ashwad berkata, pada usia 36 tahun, beliau diamanahkan oleh Astro Malaysia Holdings Berhad untuk menerajui organisasi itu sebagai Ketua Pengarang, sekali gus mencerminkan kepercayaan berterusan Astro dalam membina dan memperkasa bakat kepimpinan muda tempatan.
“Hari ini, saya membuat keputusan untuk berundur. Mengundur diri ketika jenama berita paling dipercayai di Malaysia ini berada dalam keadaan kukuh, mampan dan penuh keyakinan terhadap apa yang telah kita bina bersama.
“Astro AWANI bukan sekadar sebuah bilik berita. Ia adalah misi membuktikan bahawa kewartawanan mampu berinovasi, kekal berprinsip dan berdaya maju secara komersial walau dalam waktu paling mencabar,” katanya dalam kenyataan.
Beliau berkata, mengambil ibrah dan keberkatan Ramadan yang mulia, beliau berundur dengan penuh rasa syukur kepada Allah SWT.
Ashwad turut merakamkan penghargaan kepada semua pihak serta memohon ampun dan maaf atas segala kekurangan, kesilapan dan kekhilafan sepanjang tempoh perkhidmatannya di Astro AWANI.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








