ASEAN bincang pelaksanaan Konsensus Lima Perkara dan integrasi serantau
KUALA LUMPUR – Pemimpin ASEAN hari ini membincangkan pelaksanaan Konsensus Lima Perkara (Five-Point Consensus, 5PC) berhubung situasi di Myanmar serta usaha memperkukuh integrasi serantau dalam Sesi Pleno dan Pemukiman Sidang Kemuncak ASEAN ke-47.
Menurut Setiausaha Akhbar Kanan kepada Perdana Menteri, Tunku Nashrul Abaidah, sesi yang dipengerusikan Datuk Seri Anwar Ibrahim itu meneliti kemajuan dalam tiga tonggak utama Komuniti ASEAN politik-keselamatan, ekonomi dan sosiobudaya.
“Perdana Menteri menegaskan pentingnya perpaduan ASEAN dalam menghadapi cabaran global serta memastikan sistem antarabangsa kekal berpaksikan undang-undang dan keamanan sejagat,” katanya pada taklimat media Pejabat Perdana Menteri (PMO), hari ini.
Perbincangan turut menyentuh isu perdagangan, perubahan iklim dan keselamatan tenaga, dengan komitmen bersama menjadikan ASEAN sebagai rantau yang stabil, mampan dan berpaksikan rakyat.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








