BERITA SEMASA

Kuala Lumpur jadi tumpuan dunia sempena Sidang Kemuncak ASEAN ke-47

KUALA LUMPUR – Malaysia hari ini secara rasmi membuka tirai Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 dan Sidang-sidang Berkaitan di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC), menandakan kemuncak kepada setahun kepimpinan negara sebagai Pengerusi ASEAN 2025.

Menurut Setiausaha Akhbar Kanan kepada Perdana Menteri, Tunku Nashrul Abaidah, sidang kemuncak tahun ini membawa tema “Keterangkuman dan Kemampanan” yang mencerminkan komitmen Malaysia terhadap perpaduan serantau, keadilan sosial serta masa depan yang mampan.

“Di bawah kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Malaysia sekali lagi membuktikan keupayaannya memimpin rantau ini dengan visi berpaksikan perpaduan, kemakmuran dan kesejahteraan bersama,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Sidang kemuncak itu menghimpunkan pemimpin ASEAN serta tetamu Pengerusi termasuk Brazil, Afrika Selatan, Kanada dan Kesatuan Eropah, menjadikan Kuala Lumpur pusat diplomasi antarabangsa yang utama minggu ini.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button