BERITA SEMASA

Sidang Kemuncak ASEAN: 102 sekolah di KL, Selangor laksana PDPR, BDR – KPM

KUALA LUMPUR – Sebanyak 102 sekolah di Kuala Lumpur dan Selangor dibenarkan melaksanakan Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) serta Bekerja Dari Rumah (BDR) mulai 23 hingga 29 Oktober bersempena penganjuran Sidang Kemuncak ASEAN ke-47.

Kementerian Pendidikan (KPM) memaklumkan, keputusan itu dibuat bagi memastikan sesi pembelajaran murid berjalan lancar susulan penutupan jalan dan langkah kawalan keselamatan yang dilaksanakan sepanjang tempoh persidangan tersebut.

“Ibu bapa, penjaga, murid, guru dan warga sekolah terbabit dinasihatkan merujuk saluran rasmi sekolah masing-masing bagi mendapatkan maklumat lanjut berkenaan pelaksanaan PdPR dan BDR,” menurut KPM dalam kenyataan.

Dalam kenyataan sama, KPM memaklumkan pengalaman melaksanakan PdPR dan BDR sewaktu pandemik COVID-19 serta semasa penganjuran Sidang ASEAN Mei lalu dapat memastikan kelangsungan proses pembelajaran.

Sidang Kemuncak ASEAN dijangka menjadi perhimpunan terbesar melibatkan pemimpin dunia dan tokoh berprofil tinggi, dengan kehadiran beberapa kuasa besar berpengaruh.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim sebelum ini memaklumkan, Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump antara yang dijangka hadir, selain kemungkinan penyertaan Presiden China, Xi Jinping, bersama ketua kerajaan negara ASEAN serta rakan dialog lain.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button