AS bakal umum tarif baharu libat 12 negara – Trump
ANKARA – Amerika Syarikat dijangka memperkenalkan kadar tarif baharu terhadap sehingga 12 negara bermula esok.
Memetik laporan Anadolu Ajansi (AA), Presiden Amerika, Donald Trump memaklumkan dokumen itu telah ditandatangani dan akan dihantar dalam masa terdekat.
“Saya sudah menandatangani beberapa surat dan ia akan dihantar pada Isnin.
“Kemungkinan besar, ia melibatkan 12 negara dengan kadar tarif serta kenyataan yang berbeza bagi setiap satu,” katanya.
Walau bagaimanapun, beliau enggan mendedahkan secara terperinci senarai negara yang bakal dikenakan tindakan tersebut.
“Anda akan dapat tahu. Saya akan umumkan Isnin ini,” ujarnya.
Setakat ini, tiada pengesahan diberikan oleh Rumah Putih mengenai sektor yang akan terlibat atau kadar tarif spesifik yang bakal dikenakan.
Langkah tersebut dilihat sebagai kesinambungan dasar perdagangan agresif pentadbiran Trump, dengan pendekatan bersasar terhadap rakan dagang tertentu yang dianggap tidak seimbang dari segi manfaat dua hala.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








