AS kenakan tarif 25 peratus ke atas import Brazil
WASHINGTON – Amerika Syarikat (AS) mengenakan tarif tambahan sebanyak 25 peratus terhadap beberapa barangan import dari Brazil susulan arahan Presiden Donald Trump, dalam langkah baharu berkaitan isu perdagangan antara kedua-dua negara.
Wakil Perdagangan Amerika Syarikat (USTR), Jamieson Greer berkata, pelaksanaan tarif itu dibuat di bawah Seksyen 301 Akta Perdagangan selepas siasatan yang dijalankan selama setahun.
Menurut kenyataan USTR, siasatan berkenaan mendapati beberapa dasar Brazil berkaitan perdagangan digital, tarif, harta intelek, akses etanol serta isu penebangan hutan didakwa memberi beban kepada perdagangan AS.
Sementara itu, Setiausaha Negara AS, Marco Rubio mendakwa kerajaan Brazil gagal menjalankan rundingan dengan Washington secara jujur bagi menyelesaikan isu perdagangan terbabit.
Beliau turut mendakwa Presiden Brazil, Luiz Inacio Lula da Silva lebih mengutamakan kepentingan peribadi berbanding kebajikan rakyat dalam usaha mencapai persetujuan perdagangan dengan AS.
Sebelum ini, Reuters melaporkan Brazil bersedia menghadapi pelaksanaan tarif baharu itu yang melibatkan ribuan produk eksport negara berkenaan ke pasaran AS.
Tindakan tersebut dibuat selepas rundingan intensif antara kedua-dua negara selama beberapa bulan dilaporkan gagal mencapai sebarang penyelesaian.
Brazil menjadi negara pertama yang dikenakan tindakan di bawah strategi tarif baharu pentadbiran Trump yang menggunakan peruntukan Seksyen 301 bagi menyiasat dakwaan amalan perdagangan tidak adil.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








