BNM kekalkan OPR pada 3.0 peratus kali ke 12 berturut-turut
KUALA LUMPUR – Bank Negara Malaysia (BNM) mengekalkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) pada 3 peratus buat kali ke 12 berturut-turut sejak Mei 2023 susulan mesyuarat Jawatankuasa Dasar Monetari (MPC) hari ini.
Bank pusat itu berkata, pada tahap OPR semasa, pendirian dasar monetari itu konsisten dengan penilaian semasa tentang prospek inflasi dan pertumbuhan, meskipun dengan tarif timbal balik dikenakan Amerika Syarikat.
“Menyedari adanya risiko pertumbuhan menjadi perlahan dalam persekitaran ekonomi, MPC terus memantau perkembangan semasa bagi memaklumkan penilaian prospek inflasi dan pertumbuhan.
“MPC akan memastikan pendirian dasar monetari kekal kondusif untuk pertumbuhan ekonomi yang mampan dalam keadaan harga yang stabil,” kata BNM dalam kenyataan.
Ia mencerminkan pendirian berhati-hati dalam memastikan kestabilan harga dan menyokong pertumbuhan ekonomi.
Bagaimanapun, langkah tarif oleh Amerika Syarikat dan tindak balas daripada negara lain dilihat membayangi prospek pertumbuhan dan perdagangan dunia. Keadaan ini turut mencetuskan ketidaktentuan tinggi terhadap persekitaran ekonomi global, termasuk rundingan perdagangan dan ketegangan geopolitik.
“Ketidaktentuan ini berpotensi meningkatkan turun naik dalam pasaran kewangan global,” katanya.
Bagi ekonomi Malaysia, pertumbuhan pada suku pertama tahun ini terus didorong oleh permintaan dalam negeri yang kukuh serta prestasi eksport yang stabil.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








