Anwar Ibrahim tukar pasukan, sertai NSFC
SEREMBAN – Negeri Sembilan FC (NSFC) memperkenalkan pemain pertahanan kanan, Anwar Ibrahim sebagai antara muka baharu skuad utama bagi menghadapi saingan Liga Malaysia musim 2025-2026.
Bekas pemain kebangsaan Bawah 19 Tahun itu diumumkan secara rasmi oleh pihak kelab hari ini, bakal memperkuatkan jentera pertahanan pasukan kendalian barisan kejurulatihan baharu.
Anwar, 26, sebelum ini beraksi bersama KL City FC merupakan antara watak penting ketika pasukan itu menjulang Piala Malaysia 2021.
Beliau memulakan karier profesional bersama Felda United pada 2018, sebelum menyertai Selangor FC pada tahun 2020 dan kemudiannya berhijrah ke KL City FC setahun selepas itu.
“Dulu kota, kini Negeri! Anwar Ibrahim bersedia bawa asakan dari pertahanan — musuh, bersedialah!” katanya dalam satu hantaran di media sosial.
Sepanjang pembabitannya di peringkat antarabangsa, Anwar merekodkan 22 penampilan bersama skuad kebangsaan B-19.
Langkah ke Negeri Sembilan disifatkan sebagai satu usaha strategik NSFC dalam memperkukuh benteng pasukan serta menambah pengalaman dalam kalangan pemain sedia ada menjelang musim baharu.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








