POLITIK

Anwar hadir semula ke PAU selepas 25 tahun

KUALA LUMPUR – Selepas kira-kira 25 tahun disingkirkan dari UMNO, Pengerusi Pakatan Harapan, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini hadir semula di Perhimpunan Agung UMNO (PAU) yang berlangsung di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL), sejak Rabu lalu.

Kehadiran Anwar selaku Perdana Menteri di pentas perhimpunan terbesar parti itu diputuskan oleh pucuk pimpinan UMNO sebagai tetamu kehormat . 

Selain Presiden PKR itu, pemimpin-pemimpin Pakatan Harapan lain yang turut hadir ialah Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke; Presiden AMANAH, Datuk Seri Mohamad Sabu, Presiden WARISAN, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal dan Presiden Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO), Datuk Ewon Benedick.

Anwar yang memakai baju Melayu berwarna biru, tiba pada jam 9.15 pagi dan diiringi Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi serta Timbalannya, Datuk Seri Mohamad Hasan dan Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki.

Selain Anwar, turut hadir ialah Timbalan Perdana Menteri, yang juga Naib Yang Dipertua Kanan Parti Pesaka Bumiputera Bersatu Sarawak (PBB), Datuk Seri Fadillah Yusof.

Hadir sama, Presiden MCA, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong dan Presiden MIC, Tan Sri SA Vigneswaran.

Setiausaha Agung UMNO itu, Datuk Seri Ahmad Maslan sebelum ini  mengesahkan keputusan tidak menjemput pemimpin parti lain dalam kerajaan campuran Pakatan Harapan (PH)-Barisan Nasional (BN) ke PAU walaupun kini sudah membentuk kerjasama di peringkat kerajaan Persekutuan.

Jemputan Anwar dan pemimpin dari parti gabungan dalam Kerajaan Perpaduan sebelum ini dibantah oleh Pemuda UMNO

Persidangan Pemuda UMNO berlangsung di Dewan Tun Razak dihadiri 1,160 perwakilan, manakala Puteri UMNO membabitkan 1,134 perwakilan.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button