Anak bekas PM ditahan bersama dadah di Lebuh Raya Sprint
PETALING JAYA – Polis menahan seorang lelaki yang merupakan anak kepada bekas Perdana Menteri (PM) selepas menemukan sejumlah dadah dalam kereta ketika operasi pencegahan jenayah berhampiran Tropicana Golf & Country Resort di sini, semalam.
Suspek yang berusia 27 tahun itu ditahan selepas dikesan memandu secara mencurigakan di Lebuhraya Sprint berdekatan tol Damansara.
Berdasarkan maklumat, pemeriksaan dilakukan oleh anggota dan pegawai Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya mendapati terdapat sejumlah kecil heroin serta beberapa peralatan dipercayai untuk penyalahgunaan dadah dalam kenderaan suspek.
Hasil semakan lanjut juga mendapati lelaki berkenaan mempunyai rekod kes lampau berkaitan dadah.
Suspek dibawa ke IPD untuk tindakan lanjut.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








