12 pelanggan hotel terperangkap dalam lif
KULIM – Seramai 12 orang termasuk tiga kanak-kanak dan seorang bayi berdepan detik cemas apabila terperangkap selama kira-kira dua jam di dalam lif di sebuah hotel di sini.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kulim, Penolong Penguasa Bomba, Hamizul Azwan Hamdan berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada pukul 9.27 malam tadi.
Beliau berkata, operasi menyelamatkan mangsa dilakukan oleh sepasukan anggota dari BBP Kulim yang diketuai Pegawai Bomba Kanan (PBK) II Mohd Shuib Abu Bakar bersama lapan anggota.
“Sebaik tiba di lokasi, didapati terdapat 12 mangsa terperangkap dalam lif di aras satu bangunan hotel berkenaan.
“Semua mereka terdiri daripada lapan orang dewasa, tiga kanak-kanak dan seorang bayi perempuan.
“Kesemua mangsa berjaya dikeluarkan melalui siling dan keluar melalui pintu lif di aras dua,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Hamizul Azwan berkata, operasi berjaya ditamatkan pada pukul 11.27 malam.
Sementara itu, operasi turut dibantu oleh petugas dari Kementerian Kesihatan (KKM) dan Polis Diraja Malaysia.
“Semua mangsa berjaya distabilkan oleh petugas Jentera Perkhidmatan Perubatan Kecemasan (EMRS) BBP Kulim dan KKM sebelum mereka diserahkan kepada polis,” katanya.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








