POLITIK

‘Aku Budak UMNO, dulu kini dan selamanya’ – Akmal Saleh

KUALA LUMPUR – Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Muhamad Akmal Saleh menepis dakwaan beliau bertindak sebagai ‘orang suruhan’ mana-mana pemimpin.

Beliau berkata, terdapat pihak yang melabelkannya sebagai ‘budak catur’ Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Sambil menafikan tuduhan tersebut, Akmal berkata beliau kekal berpegang kepada prinsip parti.

“Saya nak bagi tahu di pentas keramat ini, depan semua orang, saya ini bukan budak catur, bukan budak Presiden Datuk Seri Zahid Hamidi, bukan budak catur Tokmat Hassan, bukan budak KJ.

“Saya ialah ABU. Aku Budak UMNO, dulu kini dan selamanya,” katanya ketika berucap pada Konvensyen 80 Tahun UMNO di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL) di sini hari ini.

Akmal dalam ucapanyya turut menegaskan, ulang tahun UMNO yang ke-80 bukanlah titik noktah, sebaliknya ia merupakan peringatan bahawa perjuangan parti tersebut masih panjang.

“Pilihan raya semakin hampir dan medan perang sebenar sedang menanti, maka selepas hari ini, jangan ada lagi yang leka. Jangan ada lagi yang selesa dan jangan ada lagi yang berpecah sesama sendiri. Kalau kita sayang UMNO, kita mesti berpegang teguh. Kalau kita mahu UMNO terus hidup, kita mesti siap siaga,” katanya.

Sehubungan itu, katanya, kemenangan dalam pilihan raya negeri (PRN) dan pilihan raya umum (PRU) akan datang mesti menjadi hadiah paling bermakna kepada ulang tahun berkenaan.

“Bukan hadiah dalam bentuk kek, kain rentang atau tepukan, tetapi hadiah dalam bentuk mandat rakyat yang kita menangi semula.

“Maka kepada seluruh ahli UMNO, rapatkan saf, kuatkan jentera, turun ke medan dan yakinkan rakyat bahawa UMNO masih parti yang paling layak memimpin perjuangan bangsa,” katanya lagi.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button