POLITIK

Anak Najib tawar diri bertanding jawatan Naib Ketua Pemuda UMNO

KUALA LUMPUR – Anak bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, Mohd Nazifuddin menawarkan diri untuk bertanding jawatan Naib Ketua Pemuda UMNO.

Menurut Mohd Nazifuddin yang juga ahli Pemuda UMNO Bahagian Langkawi, beliau mahu mendorong golongan muda bersama UMNO serta membantu golongan berkenaan dalam pelbagai aspek.

“Sebagai seorang ahli dalam persatuan sukan, saya merasakan ianya satu kelebihan untuk mendampingi golongan muda seterusnya mendorong mereka bersama kita (UMNO).

“Saya turut ingin menyumbangkan kudrat dalam memartabatkan kegiatan sukan, mencungkil bakat dan kemahiran, meninggikan taraf ekonomi serta kepelbagaian aktiviti berfaedah untuk golongan muda,” katanya dalam kenyataan satu kenyataan di laman Facebook miliknya, semalam.

Tambahnya lagi, beliau sedar cabaran utama adalah menarik minat dan sokongan orang muda untuk kembali kepada UMNO.

Mengulas lanjut, Mohd Nazifuddin berkata, jika diberi peluang menjawat jawatan berkenaan, beliau akan memfokuskan kepada golongan pengundi lepasan sekolah supaya mereka dapat membantu UMNO untuk memenangi pilihan raya umum (PRU) akan datang.

Katanya, sumbangan yang akan diberikan bukan sahaja untuk orang Melayu malah kepada seluruh rakyat Malaysia.

“Sebagai ahli parti, sudah pastinya ini elemen utama yang menjadi inti pati yang sekian lama menjadi didikan pada diri saya. Boleh saya sumbangkan kembali kepada parti yang telah banyak berjasa ini.

“Bukan sahaja untuk orang Melayu malahan kepada keseluruhan rakyat Malaysia juga. Maka dengan penuh rendah hati, saya mohon sokongan dari seluruh sahabat Pemuda UMNO seluruh Malaysia,” ujarnya lagi.

Ketika ini jawatan Naib Ketua Pemuda UMNO disandang Shahril Hamdan, namun beliau telah digantung enam tahun oleh parti berkenaan pada Jumaat lalu.

Pemilihan UMNO akan dimulakan dengan mesyuarat dan pemilihan bagi jawatankuasa Cawangan, Pemuda, Wanita dan Puteri Cawangan bermua pada 1 Februari ini.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button