Ahmad Samsuri mahu pertahan jawatan Naib Presiden Pas
KUALA TERENGGANU – Naib Presiden Pas, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar mengesahkan akan mempertahankan jawatannya pada pemilihan parti nanti.
Keputusan itu katanya, dibuat selepas kawasan-kawasan parti mencalonkan dirinya.
“Ya, saya sebagai incumbent (penyandang), Insya Allah saya akan mempertahankan jawatan ini.
“Saya berterima kasih atas pencalonan yang diberikan oleh kawasan-kawasan,” katanya dalam satu video yang dimuat naik di akaun Facebook miliknya, hari ini.
Beliau kemudian menambah, pihak Jawatankuasa Pemilihan Pas memberi tempoh untuk calon membuat pertimbangan sama ada menerima atau menolak pencalonan yang dikemukakan.
“Buat masa ini saya tidak pasti tarikh akhir, tetapi saya rasa sekurang-kurangnya seminggu lagi tempoh diberikan,” jelasnya.
Muktamar Tahunan Pas Kali ke-71 akan diadakan September depan di Kompleks Pas Kedah, Kota Sarang Semut.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








