POLITIK

PAS gerakkan kempen ‘Jom Jaga Johor’

KUALA LUMPUR – Parti PAS hari ini menggerakkan kempen ‘Jom Jaga Johor’ dan mempertahankan ‘kuasa politik Melayu Islam’ sempena pilihan raya negeri (PRN).

Perkara itu diumumkan Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang dalam satu kenyataan selepas mesyuarat khas parti itu di ibu pejabatnya, di sini petang tadi.

Abdul Hadi berkata, empat ketetapan berkait PRN Johor itu diputuskan dalam mesyuarat berkenaan iaitu mempertahankan kuasa politik Melayu Islam di Johor dan menggerakkan seluruh jentera di 11 kerusi ditandingi.

“Menyantuni seramai mungkin pengundi dari segenap lapisan masyarakat dengan slogan ‘Jom Jaga Johor’.

“Menyeru pengundi tidak memberikan undi kepada Pakatan Harapan (PH), termasuk di kerusi yang menyaksikan pertembungan dua penjuru melibatkan dengan Barisan Nasional (BN)-dan PH,” katanya dalam kenyataan tersebut.

Mesyuarat khas itu menyusul kenyataan Timbalan Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man semalam yang meminta supaya ahli dan penyokong parti mengundi calon UMNO-BN di kerusi tidak ditandingi PN pada PRN Johor 11 Julai depan.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button